Novel Raya = Aidil + Fitri (Drama Adaptasi Novel)
Mini Novel Raya = Aidil + Fitri karya novelis Yumi Hyra telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 15 episod yang bertajuk Bila Aidil Ada Fitri, yang kini tengah disiarkan di Astro Oasis sempena bulan Ramadan ini. Jalan cerita novel Raya = Aidil + Fitri ini memang sweet dan kelakar bila diadaptasikan menjadi drama, mestilah jadi lagi best sebab para pelakonnya pun memang terbaik. Watak Aidil Harith akan dilakonkan oleh Ungku Ismail manakala watak Fitri Syafia akan dilakonkan oleh Siti Saleha, bila gabung kedua - dua nama watak tersebut memang jadi AidilFitri lah jawabnye kan hehehe. Selain itu pelakon Fikhree Bakar akan melakonkan watak sebagai Amar, Talha Harith sebagai Qarizh, Zaki Azeman sebagai Fikri Imtiaz Firdaus, Aida Khalida sebagai Datin Mariam dan ramai lagi. Sinopsis Novel Bila Aidil Ada Fitri ini korang boleh baca dekat gambar di atas ini ye, sila klik gambar untuk besarkannya. Jadi sambil - sambil menonton versi dramanya iaitu drama Bila Aidil Ada Fitri di Astro Oasis itu, korang juga boleh baca Novel ini secara online saja, dengan hanya perlu klik link di bawah ini ye. Selamat membaca okey..(Raya = Aidil + Fitri! (Adaptasi ke Drama Mulai 14 Mei 2018, Astro Oasis 9 mlm) - Bab 1 - Wattpad )
Drama Bila Aidil Ada Fitri
Sinopsis Drama Bila Aidil Ada Fitri (Astro Oasis)
Nantikan drama berjudul 'Bila Aidil Ada Fitri' adaptasi daripada novel 'Raya = Aidil + Fitri' karya Yumi Hyra. Menampilkan gandingan Ungku Ismail Aziz dan Siti Saleha sebagai teraju utama. Drama romantik kemodi ini diarahkan oleh Osman Ali. Akan menemui penonton bermula 14 Mei ini, setiap hari Isnin hingga Rabu jam 9 malam di Astro Oasis 106 dan Maya HD 135.
JUDUL : BILA AIDIL ADA FITRI
JUMLAH EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : 14 Mei 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Rabu, 9:00 malam
SIARAN TV : Astro Oasis 106 & Maya HD 135
PENULIS NOVEL : Yumi Hyra
PENULIS SKRIP : Siti Jasmina Ibrahim
PENGARAH : Osman Ali
TERBITAN : Nuansa Sdn Bhd
PELAKON : Ungku Ismail Aziz, Siti Saleha, Fikhree Bakar, Talha Harith, Zaki Azeman, Aida Khalida, Hilal Azman, Hairie Othman, Kuza, Zul Helmi, Putri Qaseh, Halim Radzi, Feiyna Tajudin, Zalfa Zin
WATAK PELAKON
Ungku Ismail Aziz sebagai Aidil Harith
Siti Saleha sebagai Fitri Syafia
Fikhree Bakar sebagai Amar
Talha Harith sebagai Qarizh
Zaki Azeman sebagai Fikri Imtiaz Firdaus
Aida Khalida sebagai Datin Mariam
Kuza sebagai Puan Lina
Zul Helmi sebagai Ben
Halim Radzi sebagai Ayman
Feiyna Tajudin sebagai Dini
Zalfa Zin sebagai Iris
LAGU TEMA / OST
So Fine - Mark Adam
SINOPSIS BILA AIDIL ADA FITRI
"She is loveable." - Datin Mariam
Loveablelah sangat! Hanya Fitri Syafia saja yang berani mengunci tuan rumah di luar rumah dalam keadaan separuh bogel. Siapa yang tak bengang? Aidil Harith memang bengang, tapi pertemuan yang tak dijangka antara Fitri Syafia dengan Aidil Harith membuatkan hari-hari yang mendatang meriah seperti suasana Hari Raya Aidilfitri! Permintaan Datin Mariam yang merupakan mom Aidil untuk menjadikan Fitri sebagai PA selama sebulan menambahkan lagi perisa kepada hubungan ceria kedua-duanya.
"Encik Aidil yang tak adil! Muka ketat macam cicak tersepit di celah pintu!" - Fitri
Ada ke patut samakan muka kacak Aidil dengan cicak? Fitri ni memang suka buat hati Aidil huru-hara!
"Budak kecik! Mulut macam popcorn!" - Aidil
Fitri tak kisah, sebab memang mulut dia macam tu. Dia boleh tersengih dan lagi seronok menyakat Aidil. Dah macam hobi, tapi kalau sekali Aidil senyum, terus Fitri lemah lutut.
"Aidil, Fitri... macam hari raya Aidilfitri. Tak ada korang, tak rayalah." - Ayman
Tiba-tiba ada lelaki lain yang lebih cepat menghantar rombongan meminang Fitri pada 1 Syawal. Masihkah ada peluang untuk Aidil dan Fitri bersatu seperti Hari Raya Aidilfitri?
-_____________-
Drama Bila Aidil Ada Fitri telah mula bersiaran di Astro Oasis sejak 14 Mei yang lalu dan akan disiarkan sepanjang bulan Ramadan ini, setiap Isnin hingga Rabu, jam 9 malam. Antara Pelakon Drama Bila Aidil Ada Fitri ini adalah Ungku Ismail Aziz, Siti Saleha, Fikhree Bakar, Aida Khalida, Zaki Azeman, Hairie Othman, Talha Harith, Kuza, Hilal Azman, Kuza, Zul Helmi, Putri Qaseh, Halim Radzi, Feiyna Tajudin, Zalfa Zin dan ramai lagi. Selain itu drama ini juga adalah adaptasi daripada novel Raya = Aidil + Fitri karya Yumi Hyra. Drama Bila Aidil Ada Fitri ini mempunyai 15 episod, bergenre romantik komedi dan diarahkan oleh Osman Ali serta diterbitkan oleh Nuansa Sdn Bhd. Aku memang tengok drama ini dan memang syok layan drama ini sebab sweet, lawak dan islamik juga. Ulangan drama ini adalah pada pukul 3.30 pagi di Astro Oasis, pada yang suka bersahur sambil tengok TV bolehlah tengok drama ini nanti. Jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye, selamat membaca okey.
Sinopsis Drama Bila Aidil Ada Fitri (Drama Adaptasi Novel)
Mengisahkan Fitri Syafia (Siti Saleha) yang berdedikasi dan gembira dengan kerjayanya sebagai Personal Shopper yang berjaya. Suatu hari Fitri Syafia telah menyelamatkan Datin Mariam (Aida Khalida) daripada diragut oleh peragut dan Datin Mariam berasa sangat terhutang budi dengan Fitri dan menawarkan pekerjaan pada Fitri iaitu menjadi personal shopper untuk anak lelakinya yang bernama Aidil (Ungku Ismail) serta turut menjadi personal asssistant pada Datin Mariam. Fitri dikehendaki untuk membeli barang - barang dapur buat anak lelaki Datin Mariam sepanjang bulan Ramadan ini, Fitri juga harus menghantar barang - barang dapur tersebut ke rumah Aidil dan menyimpan barang2 tersebut di tempat yang sesuai. Ketika pertama kali datang ke rumah Aidil, Fitri terkejut apabila mendapati ada seorang lelaki yang baru lepas mandi berada di rumah tersebut. Fitri yang panik terus memegang pisau dan menghalau lelaki tersebut keluar dari rumah tersebut. Lelaki tersebut adalah Aidil, anak datin Mariam, Aidil yang tidak mengenali Fitri berasa terkejut dengan tindakan Fitri yang mengacukan pisau padanya serta menghalaunya keluar dari rumahnya sendiri. Datin Mariam datang tepat pada masanya dan hanya ketawa melihat telatah mereka berdua serta bertindak menyelesaikan salah faham antara Aidil dan Fitri.
Aidil dan Fitri awalnya saling membenci antara satu sama lain, namun Datin Mariam kerap mengajak Fitri untung datang ke rumahnya atas alasan kerja untuk merapatkan hubungan Aidil dan Fitri. Kelihatan datin Mariam menginginkan Fitri Syafia menjadi menantunya. Sepupu Aidil iaitu Amar (Fikhree Bakar) turut menunjukkan minat pada Fitri dan sengaja berbaik - baik dengan Fitri untuk membuat Aidil cemburu. Selepas Fitri meminta maaf pada Aidil, kelihatan Aidil mula jatuh hati pada Fitri, begitu juga dengan Fitri, mereka berdua sering bergaduh tetapi dalam hati mereka saling menyukai. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Adakah Amar akan merebut hati Fitri juga kerana dia suka bersaing dengan Aidil? Tiba-tiba ada lelaki lain yang lebih cepat menghantar rombongan meminang Fitri pada 1 Syawal. Masihkah ada peluang untuk Aidil dan Fitri bersatu seperti Hari Raya Aidilfitri?
Lagu Tema / OST Bila Aidil Ada Fitri
➔ So Fine nyanyian Mark Adam (Mark Adam - So Fine (Official Music Video) - YouTube, [Ost Bila Aidil Ada Fitri ] Mark Adam - So Fine (Lirik video) - YouTube)
➔ Aizat Amdan - Sampai Ke Hari Tua (Aizat Amdan - Sampai Ke Hari Tua (Official Music Video) - YouTube)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan