Jumaat, 3 November 2017

Marsha Milan Londoh - Hanya Untuk Mu (Official Music Video)

Marsha Milan Londoh - Hanya Untuk Mu (Official Music Video)

https://www.youtube.com/watch?v=Z_JFtHTRAGM

https://www.youtube.com/watch?v=55ONvelKqEM

Hanya Untuk Mu By Marsha Milan Londoh

Puas sudah aku mencuba
Menolak perasaan cinta di dada
Namun jauh disanubari 
Ku pasti engkaulah yang kusayangi

Walaupun kau meraguinya 
Walaupun kau berubah 

Dua hati dalam satu jiwa
Dua jiwa dalam satu cinta
Ku akui cintaku ini
Hanyalah Untukmu 

Ku susuri jalan yang berliku
Dengan tabah setelah
 Engkau mengikat takdirku

Hanya kau yamg mampu membuat
Ku bahagia 
Dulu kini dan selama-lamanya

Dua hati dalam satu jiwa
Dua jiwa dalam satu cinta 
Percayalah cintaku ini

Hanyalah Untukmu
Untukmu
________________________________________________

 

Drama Street Vendetta merupakan drama yang diadaptasi dari novel karya Mazni Aznita

___________________________________________

Sinopsis Drama Street Vendetta RTM TV2 Street Vendetta mengisahkan Anabella / Bella (Nad Zainal) mempunyai sikap suka berbelanja, boros dan berhutang. Anabella suka bergaya dengan memakai barangan berjenama dan mahal. Kehidupan Anabella di kota dipengaruhi oleh teman serumahnya Nora yang merupakan anak orang berada. Disebabkan hutangnya, Anabella gagal menjelaskan bayaran keretanya menyebabkan dia diburu pihak bank.
Kojie (Syarul Ridzwan) dihantar untuk menarik kereta Anabella yang sudah berbulan tidak berbayar. Namun pertemuan mereka mencetuskan pelbagai insiden apabila Anabella dengan sengaja cuba mengelak diri dari Kojie. Pelbagai usaha dilakukan Anabella sehingga menimbulkan kesusahan pada diri Kojie yang menganggap Anabella perempuan ‘gila’ yang culas mahu membayar hutang.

Suatu hari kerana kerap dipermainkan, Kojie nekad mahu menunggu Anabella dan bersemuka dengan gadis itu. Namun kerana hujan, dia lantas berlindung di dalam kereta Anabella yang ketika itu tidak dikunci sehingga tertidur. Anabella pula tiba-tiba menjadi suspek rakan-rakan sepejabat kerana masalah hutang yang membelenggunya.

Anabella menerima panggilan telefon dari Iqbal (Erry Putra). Lelaki yang diminatinya sejak zaman sekolah. Tapi kegembiraannya menyambut panggilan itu terjejas apabila dia mendapat khabar Iqbal akan melangsungkan pertunangan dengan Tumirah Kuncup / Mira (Syatilla Melvin), rakan sekolah yang menjadi seterunya dalam merebut Iqbal.

Tanpa berfikir panjang dia nekad mahu ke Cherating untuk menghalang pertunangan Iqbal dengan Mira. Keretanya dipandu menuju ke satu destinasi tanpa menyedari Kojie berada di dalam keretanya ketika itu. Namun apabila dia tersedar, segalanya sudah terlewat. Kojie terpaksa dibawanya bersama ke Cherating untuk menjalankan misinya meski perjalanan mereka penuh dengan pelbagai peristiwa tak diduga. Termasuklah insiden memberi tumpang seorang wanita tua yang disangka hantu.

Ketika di Cherating, Anabella merancang mahu menghalang pertunangan Iqbal dengan Mira dengan pelbagai cara dengan bantuan Kojie. Antaranya dengan mensabotaj Mira yang alergik dengan kapur barus menyebabkan tubuh gadis itu mengalami gatal-gatal dan bengkak seluruh tubuh. Akibatnya majlis yang terpaksa dilangsungkan keesokan harinya terpaksa dibatalkan.

Mira yang kecewa menuduh Anabella menjadi puncanya. Pergaduhan tercetus dan tanpa disedari Iqbal mendengar tentang isi hati Anabella terhadapnya serta salah faham mereka yang rupa-rupanya diakibatkan oleh Mira. Mendengar tentang Mira yang menjadi punca perpisahan mereka beberapa tahun yang lalu, hati Iqbal mula tawar terhadap Mira dan bercadang mahu memulakan semula hubungannya dengan Anabella. Hakikat ini membuatkan Kojie yang diam-diam mula menyukai Anabella kini merasa cemburu.

Lima bulan kemudian, Anabella yang berhenti kerja pulang ke kampungnya. Dalam tempoh itu, dia sering merindui Kojie. Suatu hari Anabella mendapat khabar dari majikannya yang menawarkannya peluang untuk bekerja semula. Dia ditawarkan jawatan pembantu di Trans-Corporation, syarikat induk yang sudah lama diidaminya.

Anabella ke Kuala Lumpur semula untuk memulakan tugas. Insiden dompet yang dicuri membuatkan dia bertembung dengan Fakruzi (Syarul Ridzwan) dan adiknya Furqan (Hanis Kamal Bakar) yang agak nakal. Namun iras wajah Fakruzi yang mirip dengan Kojie membuatkan Anabella keliru. Di Trans-Corporation sekali lagi dia bertemu dengan Fakruzi yang secara kebetulan adalah anak kepada Datuk Abdullah, majikannya di pejabat baru.

Anabella semakin mengesyaki Fakruzi dan Kojie adalah orang yang sama. Pelbagai helah dilakukannya agar Fakruzi mengaku dirinya Kojie, namun lelaki itu berlagak seperti langsung tidak mengenalinya. Lebih menghairankan, Fakruzi seperti mengalami apa yang dipanggil ‘short-term memory loss’. Akhirnya Anabella mengalah dan menganggap Fakruzi hanya mirip dengan Kojie dan tak lebih dari itu.

Kehadiran Anabella di pejabatnya membuatkan Fakruzi sering memberi perhatian berlebihan terhadap anak gadis itu. Apatah lagi apabila Anabella ditugaskan sebagai pembantu peribadi Puan Sofea, adik ayahnya di Trans-Corporation. Mereka kerap bertembung dan mengalami pelbagai insiden melucukan sehinggakan diam-diam Fakruzi mula menyukai gadis itu.

Namun apabila mereka bertemu, Anabella kerap tersasul memanggilnya Kojie membuatkan dia mula merasa hairan. Lebih-lebih lagi apabila dia mengetahui Kojie yang sering disebut Anabella mirip dengan wajahnya. Anabella juga semakin keliru apabila mengetahui tentang kembar Fakruzi yang dikatakan meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya. Meskipun Fakruzi mengaku jatuh cinta padanya, namun hati Anabella belum mampu melupakan Kojie. Saksikan segalanya dalam drama Street Vandetta di kaca tv anda.

Pelakon Drama Street Vendetta TV2
Syarul Ridzwan sebagai Kojie/ Fakruzi
Nad Zainal sebagai Anabella
Erry Putra sebagai Iqbal Hadzri
Syatilla Melvin sebagai Mira/Tumirah Kuncup
Normah Damanhuri sebagai Nenek Telangkai/Nenek Puteh
Falisha Crossley sebagai Dian Sastrowidoyo
Fadillah Mansur sebagai Mak wan
Marrissa Yasmin sebagai Puan Sofea/MakTeh
Hanis Kamal Bakar sebagai Furqan
Rahim Jailani sebagai Dato Abdullah
Jasmin hamid sebagai Datin Marina.
Dayana Roza sebagai Nora
Aznah Hamid sebagai Mak Tun
_____________________________________________________

[Sinopsis Novel] Street Vendetta

Assalamualaikum..

Dengar khabar novel Street Vendetta ni akan di adaptasikan ke drama yang bakal ditayangkan di TV2, tapi tak pasti bila? Yang penting drama ni dah lama menghabiskan pengambaraan dalam tahun 2014. 

Novel Street Vendetta ini bakal di dramakan di TV2. Antara pelakon yang bakal menjayakan watak-watak dalam Street vendetta ialah Syarul Ridzwan sebagai Kojie / Fakruzi, Nad Zainal sebagai Anabella, Erry Putra sebagai Iqbal, Syatilla Melvin sebagai Mira, Normah Damanhuri sebagai Nenek Telangkai, Dayana Roza sebagai Nora dan ramai lagi.

Sinopsis Street Vandetta

Mungkin inilah takdir aku! Sampai bila-bila pun aku takkan berjaya memperolehi cinta yang aku harap-harapkan, bisik Kojie sambil menarik nafas - KOJIE

Lidah Anabella serta merta kelu seribu bahasa. Tatapan mata Fakruzi membuatkan dia berada dalam keadaan serba salah dan bingung. This is totally a mess. Takkan dalam sekelip mata, Fakruzi boleh menyukainya! - ANABELLA

"Maafkan aku Kojie kerana hanya baru sekarang aku cuba mengenali siapa kau yang sebenarnya. Baru sekarang aku menggali semula wajah yang hilang dari ingatan aku." - ANABELLA

Tidak! Dia mungkin hilang dirinya, tapi dia tidak boleh kehilangan Anabella. Meskipun dia tidak ingat siapa Anabella sebelumnya, dia tidak ingat tentang pengalaman yang ditempuhinya bersama Anabella ke Cherating seperti yang diceritakan gadis itu padanya dulu namun ada sesuatu yang dia benar-benar pasti. Sesuatu yang memberi kekuatan dalam dirinya. Dia pasti - FAKRUZI

"Itu sajakah yang kau nak cakap pada aku ? Setelah selama ini kau permainkan aku macam orang bodoh. Kau tahu aku merindui kau, tapi kau hanya berpeluk tubuh. Kau biarkan aku tertanya-tanya dan macam orang gila memikirkan siapa kau dan siapa Fakruzi." - ANABELLA
__________________________________________________________
Anabella si gadis hipokrit bermata duitan yang gemarkan kekayaan dan gemarkan status. Kojie, si jejaka selekeh.. bergaya punk dan sukakan kesederhanaan. Bila kedua-duanya dipertemukan dalam situasi aneh. Kerana mengejar sebuah cinta, kedua-duanya saling cuba memahami.

Cinta Anabella pada Iqbal membawanya ke Cherating ditemani Kojie, si selekeh yang baik hati. Misi Anabella cuma satu, mahu merebut Iqbal dari tangan si Tumirah Kuncup aka Mira. Namun di sana dia mula memahami sesuatu yang cinta monyet sewaktu remajanya tidak lagi sama seperti yang diharapkannya.

Perpisahannya terakhirnya dengan Kojie di Cherating entah kenapa sering membuahkan rindu. Anehnya bila dia bertemu Fakruzi, si jejaka tampan yang memiliki iras senyuman Kojie, Anabella mula dihimpit keliru. Siapa Kojie ? Siapa pula Fakruzi ? Semuanya akan akan terjawab dalam Street Vandetta. Love is always  a beautiful things in our heart. Sweet and Sour !!

Layan gambar-gambar disebalik pembikinan Street vendetta yang akan di tayangkan di TV2. Baru habis citer ini bulan Oktober 2017 di TVi..tetap best citer ni tambah dengan lagu tema Marsha jdi tiptop terus jadi tontonan seisi keluarga.

p/s : Semua gambar diambil dari instagram #StreetVendetta..& just copy from(http://tintadijemariku.blogspot.my/2015/05/sinopsis-street-vendetta.html)(http://umikasum.blogspot.com/2015/10/drama-street-vendetta-tv2.html)
p/s : Lagu ini merupakan OST drama STREET VENDETTA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan